Sunday, October 31, 2010

Itik Melintas Jalan Bersama Anak-anaknya : )

Seekor ibu itik yang membina sarang di kawasan trafik yang sibuk terbang meninggalkan beberapa ekor anaknya selepas panik apabila beberapa penduduk cuba menyelamatkan anak-anaknya di sebatang jalan raya yang sibuk.

Ibu itik itu terbang di dua batang jalan raya sambil mengeluarkan bunyi yang kuat sebagai panduan untuk anak-anaknya melalui satu laluan trafik yang sibuk selepas ditinggalkan oleh ibunya.

Jom kita terjah perjalanan ibu itik ini membawa anaknya melintas jalan

Ibu itik mula rungsing apabila melihat anak-anaknya cuba melintas jalan yang sibuk

Mujur seorang wanita membantu memberhentikan trafik untuk membiarkan ibu itik melintas jalan

Di atas sebatang jalan yang lain seorang polis trafik memastikan mereka dapat melintas dengan selamat.


Cepat..cepat..kalau lambat kena langgar beca pulak..


Orang ramai yang kagum dengan usaha ibu itik mula mengerumuninya.  


Polis ini mendapat idea membawa anak-anak itik di dalam tong untuk menjamin keselamatan.

Polis itu melepaskan anak itik itu ke tasik di sebuah taman


Ibu itik lega setelah kesemua anaknya selamat

Happy Ending kan...jadi berhati hatilah bila melintas jalan..biar lambat asal selamat

1 comment:

  1. ermm..pndai ibu itik tu ajar anak2 dia mlintas..hehe

    ReplyDelete